top of page

Syarikat Malaysia raih potensi jualan RM170.9 juta di Jepun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 7
  • 1 min read
ree

Sebanyak 19 syarikat Malaysia meraih potensi jualan mencecah RM170.9 juta dalam tempoh setahun hasil jaringan dagangan serta pelaburan dengan Jepun melalui Business and Investment Acceleration Program (BAP) yang berlangsung di Osaka baru-baru ini.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jualan sebenar sebanyak RM3.01 juta telah dicapai melalui program tersebut melibatkan 25 pembeli dari negara Matahari Terbit itu.


"Ini sekali gus membuktikan keyakinan pasaran Jepun terhadap produk pertanian dan agromakanan serta perkhidmatan keluaran Malaysia.


"Ia bukan sekadar angka. Ini adalah cerminan kepada semangat Malaysia MADANI di mana kita tekankan kemampanan, keterangkuman dan nilai murni dalam setiap langkah pembangunan negara," kata Mohamad dalam kenyataan.


Mohamad berkata program jaringan pelaburan itu membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada usahawan tempatan khususnya dalam sektor pertanian dan agromakanan untuk meneroka pasaran global dan menembusi rantaian nilai antarabangsa.


"Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Marilah kita terus bergerak ke hadapan, berganding bahu membina sektor ekonomi yang lebih lestari, berdaya tahan dan sentiasa menjunjung kesejahteraan rakyat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page