top of page

Syarikat Malaysia meterai kerjasama dengan telco Korea Selatan



Kerjasama perniagaan dimeterai di antara syarikat telekomunikasi (telco) Malaysia dan Korea Selatan semalam sempena lawatan kerja Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil ke negara itu.


"Petang tadi, saya menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara TM Global dengan SK Telecom.


"Untuk rekod, Korea Selatan antara negara yang mendahului statistik penerimagunaan 5G di dunia.


"MoU yang termeterai ini adalah untuk kedua-dua pihak membangunkan Multi-Access Edge Computing (MEC)," kata beliau dalam catatan di Facebooknya.


Kerjasama dengan SK Telecom tersebut diharap akan meningkatkan lagi teknologi komunikasi Malaysia memandangkan Korea Selatan merupakan antara negara pemimpin dunia dalam bidang berkenaan.


"Saya yakin kerjasama yang terjalin di antara syarikat Malaysia dan Korea Selatan ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan Malaysia umumnya," kata beliau lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page