top of page

Syarikat kroni bolot projek: Tuan Ibrahim tak jawab soalan, gagal kawal kementerian - Rafizi



Pembolotan projek insfrastruktur kerajaan oleh sebuah syarikat kroni yang melibatkan kementerian di bawah jagaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man amat mengejutkan.


Bagi Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, bukan sahaja jumlah tender projek runding terus RM2 bilion tetapi belum dianugerahkan dipertikaikan, namun kelemahan Tuan Ibrahim sendiri dalam mengawal kementeriannya amat menjolok mata.


"Setakat ini, reaksi Tuan Ibrahim hanyalah membuat penafian mudah kementeriannya belum lagi menganugerahkan projek tebatan banjir Langat yang berjumlah RM2 bilion itu secara rundingan terus.


"Saya memang menyebut projek ini belum dianugerahkan. Tujuan saya membawa isu ini sekarang ialah kerana perbincangan dan proses itu sedang berjalan dan ada usaha untuk menganugerahkan projek itu dalam masa kerajaan caretaker yang melanggar undang-undang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi tadi.


Bagaimanapun Rafizi menekankan Tuan Ibrahim tentu sekali mengetahui syarikat terbabit yang pernah diberi tender sebelumnya dan kini dilantik lagi untuk membina satu lagi projek baharu di Kuala Langat.


Katanya, Tuan Ibrahim juga telah melantik Mangkubumi menjadi kontraktor projek tebatan banjir Krubong – Durian Tunggal pada jumlah tender RM578.6 juta di bawah program Jana Wibawa sedangkan syarikat itu sudah pun mengendalikan beberapa projek besar di bawah kementerian beliau yang berjumlah berbilion ringgit.


"Tuan Ibrahim tidak menafikan dokumen yang menyenaraikan dua projek besar melibatkan Mangkubumi iaitu projek tebatan banjir Krubong berjumlah RM578.6 juta dan projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 berjumlah RM2 bilion adalah dokumen kerajaan yang ada dalam rekod kementerian beliau sendiri," katanya.


Dakwa Rafizi, kegagalan Tuan Ibrahim mengulas perkara tersebut mengesahkan proses dalaman kementerian beliau dan Kementerian Kewangan memang menyenarai pendek Mangkubumi setakat ini sebagai kontraktor projek tebatan banjir Sungai Langat 2


Dakwa beliau lagi, proses dalaman Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kementerian Kewangan memang mengesyorkan agar syarikat itu dilantik secara rundingan terus tanpa tender terbuka


"Saya persoalkan perkara ini kerana adalah satu kerugian besar kepada rakyat apabila projek- projek besar di bawah kementerian beliau terus diberikan kepada sebuah syarikat yang jelas ada kaitan yang rapat dengan pimpinan Umno


"Malah syarikat itu telah pun mendapat jumlah projek yang begitu tinggi dari kementerian yang dikepalai Tuan Ibrahim." ujarnya.


Lebih buruk lagi, kata Rafizi, Mangkubumi juga telah menerima teguran secara rasmi dari Ketua Audit Negara atas prestasi kerjanya. Laporan Ketua Audit Negara 2016 mengkritik prestasi kerja Mangkubumi dalam satu projek di bawah JKR di muka surat 22 ke 23 (yang diterangkan dengan lebih terperinci di muka surat 112 hingga 128) yang melibatkan kelewatan projek yang dianugerahkan.


"Sekiranya Tuan Ibrahim menjalankan tugas dengan lebih berhati-hati, syarikat-syarikat kroni yang bermasalah seperti ini tidak patut dipertimbangkan sehinggalah semua projek sedia ada disiapkan dengan baik.

"Sebab itu, apabila proses dalaman KASA dan Kementerian Kewangan telah sampai ke peringkat mempertimbang untuk melantik Mangkubumi secara rundingan terus untuk satu projek bernilai RM2 bilion, ia menunjukkan dengan jelas kegagalan Tuan Ibrahim sebagai menteri untuk mengawal selia perbelanjaan di bawah kementeriannya," kata Rafizi lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page