top of page

Syarikat francais Malaysia mahu tembusi pasaran Australia



Syarikat francais Malaysia mencuba menembusi pasaran Australia dengan menyertai Franchising and Business Opportunities Expo 2023 (FBOE 2023).


Misi tersebut diperkuatkan bersama lawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja bagi Misi Perdagangan Francais Malaysia ke Melbourne pada 3 hingga 6 Mei lalu.


"Misi perdagangan ini sebahagian daripada usaha kerajaan di bawah Program Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP) yang bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan lebih banyak eksport francais ke negara luar.


"Delegasi ini juga terdiri daripada pegawai daripada KPDN, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Persatuan Francais Malaysia (MFA), dan lapan jenama francais terkemuka Malaysia iaitu Oldtown White Coffee, Marrybrown, Smart Reader Kids, Q-Dees, US Pizza, Laundrybar, CheeseU dan HOME Maths Therapy," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, selain Australia terdapat cadangan untuk mengadakan misi sama ke beberapa negara lain seperti Thailand, Indonesia, Türkiye, dan India yang akan bermula dari Julai sehingga Oktober 2023.


Katanya, objektif utama misi perdagangan tersebut bertujuan memacu dan menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke Australia termasuk bekerjasama dengan pelabur-pelabur berpotensi dan bersesuaian melalui pameran perdagangan.


"Ia adalah satu peluang baik bagi syarikat Francais Malaysia untuk bekerjasama dengan bakal ahli perniagaan Francais Australia bagi mengembangkan perniagaan mereka di pasaran Australia.


"Saya percaya bahawa terdapat banyak peluang perniagaan untuk diterokai di Australia


"Baru-baru ini Marrybrown telah melantik francaisi induk mereka di Australia, manakala Smart Reader Kids telah membuka cawangan ke-4 di Melbourne.


"Ini adalah contoh yang baik untuk syarikat lain bagi menembusi pasaran antarabangsa dengan mempromosikan jenama Malaysia, hal ini sekaligus meningkatkan reputasi Malaysia di pasaran eksport antarabangsa," katanya.


Secara keseluruhan misi berkenaan, kata Salahuddin, telah mencapai sasarannya dan berjaya menarik nilai potensi pelaburan berjumlah RM30 juta dari negara Australia, termasuk hasil gandaan ekonomi seperti peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, serta potensi eksport dari Malaysia ke Australia.


Penyertaan yang rancak daripada pemain industri francais dalam pameran FBOE 2023 pula, katanya, dijangka akan membawa lebih banyak jenama francais yang mapan dari Australia untuk diperkenalkan di Malaysia dan begitu juga sebaliknya.


Turut hadir dalam lawatan itu ialah Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud; Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan dan Perniagaan Pengedaran, Datuk Rohaizi Bahari; Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Ahmad Sabki Yusof; dan Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr Radzali Hassan.


Untuk rekod, sehingga kini sebanyak 68 jenama francais Malaysia telah berkembang ke 75 negara. Antara jenama Francais Malaysia yang telah menembusi pasaran Australia ialah Marrybrown, Tealive, Global Art, Smart Reader Kids, Aloha Mental Arithmetic, dan banyak lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page