Syarikat balak perlu bantu mangsa banjir di Pahang - Anwar



Tanggungjawab membantu mangsa banjir di Pahang tidak perlu dilepaskan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja, sebaliknya syarikat syarikat balak yang sedikit sebanyak menjejaskan alam sekitar perlu turut sama menghulur bantuan.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam lawatan beliau melihat pembersihan pasca banjir di Ketari, Pahang, petang semalam.


"Saya datang ke Ketari untuk memberi sedikit keringangan walaupun saya tahu wakil rakyat di sini telah menjalankan tugas, saya bangga.


"Saya jumpa penduduk mereka menyatakan terasa senang dengan kerjasama diperolehi dari wakil wakil di sini. Cuma saya ingin menyatakan walaupun Pahang biasa dengan banjir tetapi kita minta Kerajaan Negeri lebih ke depan membantu. Lebih segera meringankan beban rakyat


"Ada juga kesan dari pembalakan, jadi saya ingin memberitahu selain Kerajaan Negeri syarikat syarikat balak yang meraih keuntungan besar wajib memberi sumbangan bantuan lebih besar, sebab mereka juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku selain kudrat Allah yang terpaksa kita hadapai dengan sabar," katanya.


Mengenai kritikan yang dilakukan netizen dan rakyat ke atas pasukan keselamatan yang menimbulkan perdebatan kononnya mereka lembab menyelamatkan mangsa banjir, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan, pasukan keselamatan tidak boleh dipersalahkan kerana arahan yang lewat diberikan kepada mereka.


"Tiga hari lalu saya naik trak tentera, saya bangga anak anak muda tentera tungkus lumus mengedar makanan ke kawasan terpencil.


"Masalahnya kepimpinan yang lembab. Tiga hari belum ada arahan jelas, seminggu baru nak suruh menteri balik (bercuti) jalankan tugas. Sebab itu masalah sampai ke tahap ini," katanya.


Anwar menyerahkan bantuan banjir berupa kain, toto dan dapur masak (stove)

Anwar turut mendesak kepimpinan PM Ismail Sabri Yaakob agar melonggarkan kerenah birokrasi dalam bantuan banjir kali ini.


"Saya mendesak kepiminan Ismail untuk mengambil segera langkah yang perlu meringankan beban rakyat.


"Jangan terlalu banyak birokrasi. Mudahkan pengisian borang (bantuan banjir), jangan letak syuarat borang (perlu pengesahan) Pusat Penempatan Sementara (PPS). Orang dah susah, barang barang hanyut, masa ini minta kad pengenalan, pergi balai polis, pergi PPS dan sebagainya," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER