top of page

Syarat utama perjanjian: Enggan sokong Undi Percaya Ahli Parlimen hilang kerusi



Perjanjian persefahaman Kerajaan Perpaduan menjamin berjalannya satu kerjasama yang mantap bagi menjayakan pemerintahan gabungan PH, BN, GPS, GRS, Warisan dan beberapa parti kecil lain selama sepenggal penuh.


Salah satu syarat perjanjian permuafakatan itu adalah setiap Ahli Parlimen komponen Kerajaan Perpaduan tidak boleh mengundi menentang usul usul penting seperti Undi Percaya, perbekalan atau belanjawan atau sebarang perkara yang boleh menjatuhkan kerajaan di parlimen.


Hal itu terkandung dalam perkara ke 4 Usul Percaya dan Rang Undang-undang Perbekalan subseksyen a) dan b) dalam dokumen perjanjian.


"Setiap Parti-Parti dan pihak-pihak hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan

Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan.


"Setiap Parti-Parti dan pihak pihak hendaklah bertanggungjawab untuk menguruskan secara dalaman di dalam Parti-Parti mereka bagi memastikan sokongan parlimen untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam sebarang undian yang membawa kesan kepada keabsahan Kerajaan Perpaduan Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.


"Setiap Parti-Parti dan pihak-pihak hendaklah memastikan bahawa setiap Ahli Parlimen mereka mengundi menurut klausa 4(a) di atas.


"Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada Parti itu, yang dianggap sebagai perletakkan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan," kata syarat perjanjian tersebut.


Berikut adalah dokumen Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan:


PERJANJIAN PERSEFAHAMAN KERAJAAN PERPADUAN v16122022 (1)
.pdf
Download PDF • 143KB


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page