top of page

Syarat pelepasan cukai yuran sukan diumum sebelum Mac



Syarat serta insentif pelepasan cukai berkaitan yuran latihan sukan akan diumumkan sebelum Mac ini, kata Menteri Belia dan Sukan (KBS).


Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu acara di Padang Merbok pada Sabtu, Hannah Yeoh berkata, KBS telah bermesyuarat dengan Kementerian Kewangan serta Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi memperinci terma yang boleh melayakkan orang ramai menikmati pelepasan cukai selepas membayar yuran latihan sukan disertai.


"Kita akan umumkan dalam masa terdekat bagi memastikan rakyat bersedia untuk menggunakan insentif cukai ini supaya mereka mula melabur untuk menjalani latihan sukan," katanya.


Hannah turut memberitahu, inisiatif pelepasan cukai itu bakal meliputi 103 jenis sukan diwartakan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).


Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu berkata kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000.


Galakan itu jelasnya akan diperluaskan meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.


Sementara itu Hannah memaklumkan, Institut Sukan Negara sedang memperkasakan kursus kejurulatihan kepada para jurulatih bagi memastikan orang ramai menggunakan khidmat jurulatih yang benar-benar bertauliah.


"Orang ramai perlu menggunakan khidmat individu bertauliah yang ada sijil latihan sukan (sekiranya membayar yuran latihan sukan). Kami tidak mahu mana-mana pihak buat resit sendiri (untuk nikmati pelepasan cukai)," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page