top of page

Syarat baharu pelantikan Pengerusi Badan Berkanun lepasi semakan SPRM, polis



Oleh: Helmi Mohd Foad


Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) kini perlu melalui semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), insolvensi dan polis.


Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata perkara itu merupakan antara pembaharuan garis panduan yang telah dipersetujui untuk menggantikan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998 berhubung pengukuhan tatakelola.


"Program pembangunan kapasiti Ahli Lembaga Pengarah BBP turut ditekankan dalam garis panduan ini. Memperkasa peranan Audit Dalam secara menyeluruh di peringkat Badan Berkanun Persekutuan termasuk syarikat dan perbadanan BBP," kata kenyataan itu hari ini.


Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Sepang dalam membincangkan langkah pemantapan tatakelola BBP melalui pengukuhan pelaksanaan peraturan dan prosedur pengurusan Badan Berkanun Persekutuan.


Kenyataan itu berkata garis panduan tersebut turut membabitkan usaha memperkukuh struktur dan komposisi keahlian Lembaga Pengarah dengan mewajibkan penglibatan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) khususnya kepada BBP yang menerima peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).


Katanya laporan berkala kepada Perdana Menteri turut dilakukan melalui platform yang dikenali sebagai Sistem Badan Berkanun (SBSys) bagi memperkukuh pengesanan, kawal selia dan tatakelola BBP.


"Badan Berkanun merupakan salah satu cabang sektor awam yang penting dan memerlukan pengurusan tatakelola yang baik. Sumbangan badan berkanun sebagai badan awam bukan sahaja mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara tetapi ia juga menjadi penyokong kepada pelaksanaan strategi oleh agensi pusat serta jabatan kerajaan yang lain," katanya.


Tambah kenyataan itu, melalui dasar Pantau MADANI, pemantauan BBP akan dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui pemerkasaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) JPM.


Katanya pelaksanaan garis panduan itu menjadi keutamaan untuk mendukung agenda MADANI melalui pemerkasaan badan berkanun.


Selain itu, katanya selaras dengan prinsip ketelusan, JKKTN juga membincangkan tentang format baharu pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan ahli parlimen untuk dikuatkuatkuasakan semula.


"Format baharu ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Kerajaan kekal komited untuk memperkukuh agenda tatakelola baik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page