top of page

Syam Ghaz dilantik KP J-KOM, Tok Abah galas tugas baharu di JPM

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Aktivis politik Pakatan Harapan (PH) Mohd Hisyamuddin Ghazali (gambar) dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.


Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Komunikasi di Putrajaya pagi ini.


Pelantikan Mohd Hisyamuddin, 44, atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz adalah bagi menggantikan Datuk Ismail Yusop yang menamatkan perkhidmatannya selepas lebih setahun menerajui jabatan tersebut.


"Saya ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ismail yang dipanggil untuk menggalas tugas baru di Pejabat Perdana Menteri.


"Selamat datang kepada Syam Ghaz yang dipilih untuk menerajui J-KOM," kata Fahmi ketika berucap pada majlis yang diadakan sempena Perhimpunan Bulanan kementerian tersebut.


Syam Ghaz merupakan seorang aktivis politik dari Kelantan yang bertanding mewakili Pakatan Harapan di DUN Apam Putra pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.


Anak kelahiran Rantau Panjang ini kemudian bertanding sebagai calon PH di Parlimen Kuala Krai pada PRU-15.


Pelantikan beliau ke JKOM bukan suatu yang asing kerana sebelum ini Syam Ghaz pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah agensi itu pada 2023.


Sebelum dilantik menerajui JKOM, Syam Ghaz merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Semalam media tempatan melaporkan Ismail yang lebih dikenali sebagai Tok Abah mengesahkan beliau menamatkan perkhidmatan di JKOM kerana diberikan tugasan baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ismail merupakan individu ketiga menerajui agensi berkenaan sejak pentadbiran kerajaan MADANI mengambil alih Putrajaya.


Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha KEADILAN Selangor mula menerajui JKOM pada 1 Mac 2023 selepas menggantikan Dr Mohammad Agus Yusof, penyandang pertama jawatan itu di bawah pentadbiran Anwar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page