top of page

Syabas PM tidak gentar umum solidariti kepada pemimpin Hamas

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 13, 2024
  • 2 min read


Tidak banyak pemimpin dunia Islam yang tidak 'berkira kira' sebelum menyampaikan ucapan sokongan atau takziah kepada pemimpin Hamas yang dimusuhi oleh negara Barat.


Hanya pemimpin yang telah disenarai hitam oleh negara adi kuasa Amerika Syarikat (AS) atau pemimpin yang benar benar dihormati oleh Barat berani berbuat demikian, menunjukkan solidariti kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang kehilangan anggota keluarganya akibat serangan bom tentera Israel baru baru ini.


Bagi Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan, ucapan takziah Anwar melalui sidang video yang boleh disaksikan di Facebook beliau mungkin tidak berani dilakukan oleh mana mana pemimpin pembangkang yang berdegar degar mengecam beliau.


"Meneliti rakaman video perbualan antara PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas PM Palestin Ismail Haniyeh, ia menggambarkan betapa rapat dan kukuhnya PM dengan perjuangan rakyat Palestin.


"Tanpa berselindung beliau menyampaikan ucapan takziah mewakili rakyat Malaysia kepada Ismail Haniyeh di atas kematian 3 orang anakandanya bersama 4 orang cucundanya yang menjadi mangsa pengeboman tidak berperikemanusiaan oleh regim Zionis.


"Beliau terus menyelar sikap rejim Zionis dan diskriminasi pihak Barat dalam mempertahankan keadilan sejagat. Tanpa rasa takut atau was-was beliau berkongsi kedukaan Ismail Haniyeh, walau ruang untuk dituduh oleh sekutu Israel terutamanya AS, bersekongkol dengan pengganas terbuka luas," katanya dalam kenyataan.


Selain itu, kata Amidi, solidariti juga boleh mendatangkan risiko kepada ekonomi negara. Kuasa-kuasa besar ekonomi dunia, khususnya negara Barat yang menyokong Israel akan mendapat sebab 'mudah' untuk bertindak.


"Namun atas keyakinan terhadap perjuangan keadilan sejagat, sokongan terhadap rakyat Palestin semakin meningkat dengan pelbagai tunjuk perasaan dan bantahan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di merata tempat (di Malaysia).


"PM (terus) konsisten dengan sikap beliau dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin," katanya.


Sehubungan itu, Amidi menegaskan, rakyat Malaysia perlu berkukuh bersama Anwar tanpa mengira latar agama, bangsa, aliran politik atau budaya dalam meneruskan perjuangan membela rakyat Palestin.


Beliau juga mengharapkan dengan keberanian Anwar menyatakan sokongan itu akan menutup mulut pengkritik beliau kononnya apa dilakukan PM belum cukup dan puak mereka mampu membela Palestin lebih hebat.


"Alhamdulillah suara-suara sumbang yang mempertikai kesungguhan PM dalam isu ini semakin menyepi. Mungkin ada yang memakai kacamata Barat dalam menilai isu ini perlu melihat lebih luas untuk memahami sikap yang dikemukakan dan kesan terhadap politik antarabangsa," katanya lagi.


Amidi menyanjung tinggi sikap berani Anwar dan hal itu sesuai dengan gelaran 'Anak Palestin' yang diberikan oleh tokoh pengasas kebangkitan Palestin, Yasser Arafat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1983 lalu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page