top of page

Susun rapi jentera, KEADILAN jadi gergasi politik



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutup Konvensyen 25 Tahun KEADILAN berkata, anggota parti perlu lebih aktif bagi mempersiapkan parti menuju pilihanraya akan datang.


Katanya, parti yang hebat perlu mempunyai jentera terbaik bagi mengelakkan parti lawan mengambil alih kemenangan.


"Langkah seterusnya ialah melaksanakan kata kata, jentera, keanggotaan mesti ramai. Ranting mesti hidup. Cabang mesti segar, MPN mesti lebih aktif.


"Saya rasa pemantauan (gerak kerja) perlu. Selain pimpinan yang dipilih, saya minta beberapa teman di pejabat untuk bantu jentera yang ada, memberi maklumat dan memantau secara dekat pelaksanaan, baik di peringkat negeri, cabang dan ranting.


"Hebat sebagaimana pun laungan kita, benar bagaimanapun perjuangan kita tetapi kalau tidak disusun rapi dengan jentera yang kemas, kita akan tewas dengan orang yang laungkan hidup Melayu atau laksana Islam, walau rekod mereka itu hambar," katanya.


Tegas Anwar, anggota bawahan mesti terus terus menerangkan sikap dan perjuangan KEADILAN serta berusaha menambahkan bilangan ahli sehingga parti boleh menjadi gergasi politik tanah air.


"Jadi kita harus tekankan program, laksanakan sebaiknya dan agresif menerangkan sikap kita. Juga secara sungguh sungguh menguatkan jentera kita supaya KEADILAN muncul sebagai gergasi dalam sistem politik kita," katanya lagi.


Anwar menutup ucapan dengan laungan Reformasi dan disambut hebat oleh sekitar 5,000 perwakilan yang kebanyakan berdiri kerana sambutan kehadiran yang terlalu ramai berbanding jangkaan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page