top of page

Susahkan golongan anti-vaksin: Lebih baik keluarkan sijil sementara bebas Covid 19



Cadangan Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin baru-baru ini untuk menyukarkan pergerakan golongan yang tidak mahu disuntik vaksin Covid 19 apabila 90% populasi Malaysia telah menerima vaksinasi dikecam netizen.


Selain tindakan tersebut tidak menghormati undang-undang yang tidak memaksa setiap rakyat menerima vaksin, penyusahan pergerakan golongan berkenaan juga dilihat sebagai tidak berperikemanusiaan.


Bagi Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, terdapat kaedah lain yang boleh difikirkan sekiranya kerajaan mahu melindungi populasi yang telah divaksin daripada kemungkinan dijangkiti Covid 19.


Katanya, golongan anti-vaksin yang perlu ke kawasan tertentu mungkin boleh disyaratkan mengambil ujian saringan terlebih dahulu dan sijil kesihatan sementara dikeluarkan sekiranya mereka negatif.


"Apa kata mereka yang tidak mahu divaksin diberi kelonggaran dengan cara diberi sijil dengan pengesahan bebas jangkitan selepas buat swap test.


"Mungkin kos boleh dibincangkan untuk tidak membebankan mana mana pihak. Mungkin sijil sah laku boleh digunakan dalam tempoh yang munasabah.


"Tak perlu ugut dan tekan mereka. Mereka juga ada hak dan perasaan. Ini sekadar cadangan saya sekiranya ada manfaat. Tidak salah menolak kalau membebankan," katanya.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page