top of page

Susah beri kerakyatan kepada anak warganegara, program visa jangka panjang boleh pula?



Tindakan kerajaan yang enggan memberi kerakyatan kepada anak berbapakan warganegara Malaysia tetapi isteri warga asing dan tidak lengkap dokumentasi dikritik oleh pimpinan KEADILAN.


Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan berkenaan amat tidak wajar dan menggelapkan masa hadapan anak anak yang memang sah kewarganegaraannya di sisi Perlembagaan Persekutuan.


Beliau membandingkan tindakan kerajaan itu dengan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia yang memberi tempoh menetap 20 tahun kepada wargta asing di Malaysia berbanding anak warganegara yang tidak mempunyai apa apa status kenegaraan.


"Kerajaan umum program visa jangka panjang untuk bersaing dengan negara jiran. Kita juga ada program hampir sama untuk ahli sukan. Itu dasar tarik bakat (pekerja berkemahiran) ke Malaysia. Yang kita sedih ialah anak anak Malaysia, mereka lahir di Malaysia, ibu (atau bapa) rakyat Malaysia dan mereka tidak ada warganegara.


"Bila mereka menjadi stateless, tiada warganegara berdasarkan isu teknikal dan undang undang yang tidak selari dengan peredaran zaman maka ia menimbulkan masalah besar.


"Ia juga menjadi kos kepada negara sekiranya mereka berhadapan dengan pendidikan. Kita tahu ibu bapa bukan warganegara boleh bersekolah tetapi kelulusannya tertakluk kepada PPD dan urusannya membebankan. Saya dapat laporan susah nak lalui proses itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, semalam.


Kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu, anak tanpa kewarganegaraan ini juga merupakan satu kerugian kepada negara kerana mereka tidak boleh mempraktikkan skil pekerjaan apabila dewasa kerana tidak mempunyai kad pengenalan.


Mereka terdedah kepada eksploitasi majikan kerana tidak mungkin mendapat perlindungan di bawah undang undang buruh.


"Bila mereka nak bekerja perlukan kad pengenalan, atau pekerja asing pun perlukan passport untuk dapat permit. Jadi mereka tidak ada IC, passport negara lain.


"Jika bekerja pun, mereka bekerja dalam underground economy dan mendedahkan mereka kepada pelbagai eksploitasi. Ini jadi kerugian kepada negara kerana tak boleh menunjukkan potensi mereka.


"Jadi kita berharap kerajaan memandang serius dan benar benar lakukan perubahan. Kalau nak denda maka denda ibu bapa soal teknikal tetapi jangan mangsakan anak anak, bayi yang baru lahir.


"Kita tahu soal stateless ini sangat banyak berlaku dan perlu diselesaikan. Ia boleh diselesaikan dengan polisi yang lebih baik demi keadilan untuk rakyat Malaysia," katanya.



Dalam pada itu, ADUN Teja Sandrea Ng yang juga Pengerusi NGO Mata Hari yang memperjuangkan hak hak anak tiada kewarganegaraan mahu orang ramai menyokong perjuangan mendesak kerajaan segera meminda prosedur atau undang undang bagi memudahkan kewarganegaraan diberi terhadap anak anak yang sememangnya telah diakui di bawah Perlembagaan.


"Kita kongsikan pengalaman kes dan isu anak Malaysia ini. Yang melibatkan isu teknikal dan mereka dinafikan kewarganegaraan. Jadi isu anak Malaysia (tanpa kewarganegaraan) akan terus diperjuangkan


"Minggu depan parlimen akan bermula dan kita akan melancarkan gerak kerja untuk tarik perhatian orang ramai, NGO dan sama sama selesaikan isu ini melibatkan pentadbiran, isu teknikal dan sebagainya.


"Kita mahu anak Malaysia dapat hak mereka. Dalam masa akan datang, jangan lupa untuk #anakmalaysia dan nanti ikut sama kita dalam perarakan #anakmalaysia yang kita akan anjurkan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page