top of page

Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji ada agenda politik?


Siasatan dan penstrukturan semula Tabung Haji (TH) yang mengalami kerugian pada era kerajaan BN telah pun selesai dilaksanakan pada 2019 sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH).


Namun cadangan untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Tabung Haji dibangkitkan semula oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak pasti apakah tujuannya untuk menyalahkan PH atau ingin melunakkan tuduhan kepada pihak-pihak tertentu yang dikaitkan dengan skandal pengurusan TH.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Raiyan Abdul Rahim tiada sebab untuk menubuhkan RCI apabila kerajaan PH yang lalu telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyambung siasatan ke atas salah laku di Lembaga Tabung Haji.


"Kerajaan PH waktu memerintah memang kita revamp balik, kita siasat betul-betul, siap ada special purpose vehicle (dalam penstrukturan semula TH). Memang kita bagi elok balik. Jadi kita tertanya-tanya kenapa pula PN nak buat RCI?


"Kalau kita lihat tempoh siasatan pada 2014 hingga 2018. Sebenarnya yang jadi Pengerusi adalah Datuk Seri Azeez pada masa itu. Datuk Seri Azeez rapat pula dengan Datuk Seri Najib. Sekarang ramai tertanya-tanya adakah wujud mainan politik, sebab dalam PN memang Bersatu bergaduh dengan Umno, ada team tertentu. Adakah ini mainan politik?


"Adakah siasatan ini terarah kepada Umno atau kepada PH? Zaman PH, menteri agama Mujahid Yusof Rawa, timbalan Fuziah Salleh. Masa itu tidak dibuat RCI tetapi SPRM diarahkan untuk menyiasat," katanya dalam forum maya di Twitter bertajuk: "Raya Korban VS Rakyat Terkorban", anjuran Biro Penerangan KEADILAN, malam tadi.


Bagi Raiyan, sekiranya benar RCI itu diwujudkan kerana ingin mendapatkan mileage politik bagi pihak tertentu atau untuk menyalahkan PH maka hal itu sangat mengecewakan terhadap institusi pengumpul deposit umat Islam untuk menunaikan haji tersebut yang tidak sepatutnya ditunggangi agenda politik.


"Kalau ini betul mainan politik maka amat mengecewakan kerana TH bukan institusi perbankan, TH institusi yang istimewa.


"TH bukan untuk orang kaya, tetapi untuk golongan pertengahan dan bawahan yang mahu menunaikan haji. Kalau ada mainan politik kita sangat kecewa," katanya.


Pada 16 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri berkata penubuhan RCI ke atas TH akan dimuktamadkan secepat mungkin.


Beliau membayangkan isu utama yang akan diselesaikan oleh RCI adalah mengenai pengauditan dan dasar.


Hal itu telah pun diselesaikan oleh PH namun pihak PN sering mempolitikkan siasatan yang kononnya tidak adil dan menyalahkan pengurusan yang didakwa telah bertindak cemerlang pada tempoh 2014 hingga 2018.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page