top of page

Suruhanjaya Gig: KESUMA bentang laporan pertama ke Kabinet



Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan membentangkan laporan pertama mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Gig Malaysia pada mesyuarat Kabinet dijadual hari ini.


Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata, laporan yang disediakan dengan kerjasama Universiti Malaya itu merupakan kertas makluman kerangka kerja bagi penubuhan suruhanjaya berkenaan.

"Nota ini akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan kelulusan supaya perincian lanjut dan lengkap bagi menjurus kepada penubuhan suruhanjaya dapat dilakukan.


"Seterusnya, siri dialog bersama pihak berkenaan juga akan diadakan ketika proses perincian dibuat, bagi memastikan penubuhan suruhanjaya dapat mencapai matlamatnya," katanya selepas majlis pelancaran tajaan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Grab Malaysia di Kuala Lumpur pada Selasa.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengarahkan supaya penubuhan Suruhanjaya Pekerja GIG disegerakan untuk membela nasib kira-kira 1.2 juta pekerja dalam industri berkenaan.


Penubuhan suruhanjaya ini bertujuan memastikan pekerja sektor berkenaan akan mendapat pembelaan, bukan sahaja dari segi gaji tetapi termasuk kebajikan, perlindungan keselamatan sosial, isu kilanan (tidak puas hati) dan bantuan kerjaya.


Bulan lalu, kementerian itu dilapor menggariskan enam kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig termasuk menggubal perundangan baharu.


Kerangka itu turut membabitkan mekanisme kilanan, struktur dan fungsi suruhanjaya, implikasi kewangan, penentuan kadar upah, perlindungan keselamatan, sosial dan kesihatan pekerjaan serta pangkalan data bersepadu bagi pendaftaran pekerja gig dan penyedia platform.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page