top of page

'Suruh turun PM, kabinet bayangan pun PN tidak mampu bentuk'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 22
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Pembangkang Perikatan Nasional yang menyeru rakyat menurunkan perdana menteri tidak mampu membina kabinet bayangan sejak Pilihan Raya Umum 2022.


Bagi Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing (gambar), tindakan pembangkang menganjurkan himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini hanya untuk memperdaya rakyat sedangkan mereka sendiri tidak mampu mengambil alih pemerintahan negara.


Katanya, PN yang dikemudi oleh Muhyiddin Yassin bukan sahaja tidak mampu membentuk kabinet bayangan malah gagal mengemukakan alternatif kepada Belanjawan 2023, 2024 dan 2025.


"Sepatutnya pembangkang membentangkan alternatif kepada Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), bagi menjelaskan pendirian dasar mereka dan menunjukkan keupayaan sebenar dalam aspek tadbir urus.


"Namun malangnya, mereka lebih berminat membangkitkan sentimen rakyat, menganjurkan perhimpunan besar-besaran semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.


Kar Hing juga menyindir sikap ketagihan kuasa dalam kalangan PN yang dilihat lupa kepada kemelut politik lampau yang menyebabkan ketidakstabilan pentadbiran negara.


Tegasnya, dalam keadaan geopolitik antarabangsa yang tidak menentu, negara memerlukan kestabilan, perpaduan dan pendekatan pragmatik untuk Malaysia berjaya menarik pelabur dan memulihkan ekonomi.


PN, kata beliau, harus mengetepikan nafsu kuasa dan kembali fokus kepada pembangunan serta kesejahteraan rakyat.


"Jika benar Muhyiddin berhasrat memimpin blok pembangkang secara serius, saya gesa beliau segera mengumumkan senarai kabinet bayangan PN.


"Nyatakan dasar yang diperjuangkan dan bentangkan cadangan penyelesaian konkrit terhadap isu-isu utama seperti ekonomi negara, inflasi global, pendidikan, kesihatan dan pekerjaan," tegasnya dalam kenyataan tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page