top of page

Suri rumah mengeluh harga barang melambung

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 2, 2021
  • 1 min read

ree

Kenaikan harga barang yang tidak terkawal menyebabkan rata rata suri rumah mengeluh kerana perbelanjaan harian yang meningkat.


Tinjauan Suara Keadilan di Kuala Lumpur mendapati suri rumah berkata, mereka terpaksa berbelanja sekitar RM50 sehari hanya untuk membeli bahan makanan biasa sahaja.


Puan Saudamani, 62, dari kawasan perumahan Lembah Pantai berkata, harga ayam dan sayur yang mahal amat menjejaskan perbelanjaan harian terutama kepada golongan yang tidak bekerja kerana telah tua dan sebagainya.


"Sekarang mahal, ayam sebelah RM9, seekor RM15. Sekarang sayur juga mahal. RM50 pun beli barang serupa RM30.


"Sekarang mahal, macam mana boleh masak makanan. Org kalau tak kerja susah," katanya .


Manakala Puan Saadiah juga berkata demikian melihat harga yang melambung sejak sebulan kebelakangan ini.


"Ketara harga. Harga beza dari dulu. Sayur sayur melampau sangat," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page