top of page

Surat sokongan PM perolehan ATM: AMK Kemaman mahu PM nafi atau SPRM siasat



Isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia masih belum selesai, muncul pula isu pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan surat sokongan Perdana Menteri (PM) tular di media sosial.


Sehubungan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kemaman, Terengganu menuntut PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera memberi penjelasan terhadap isu perolehan berkenaan yang ditularkan oleh veteran Umno Datuk Zaharin Yassin dan kemudian diulas oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil.


"Berikutan penularan surat perolehan Kementerian Pertahanan kepada sebuah syarikat dengan sokongan PM, AMK Kemaman menggesa Datuk Seri Ismail Sabri untuk berlaku telus dalam isu ini.


"Segera nafikan jika surat tersebut palsu. Jika tidak AMK Kemaman mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan penuh berhubung isu berkenaan," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan Unit Penerangan AMK Kemaman itu lagi, surat yang tular di media sosial FB Datuk Zaharin tersebut menyatakan secara jelas Kementerian Pertahanan telah meluluskan projek secara rundingan terus dengan nilai peruntukan lebih daripada RM 800 juta


Kata AMK Kemaman, nilai projek yang sebegitu besar tidak seharusnya dilaksanakan secara rundingan terus. AMK Kemaman juga tertanya tanya mengenai track record syarikat yang mendapat kontrak pembekalan sebagaimana meluas dipersoalkan di media sosial.


"Pihak SPRM perlu menjalankan siasatan penuh kerana ini melibatkan sejumlah dana awam yang besar. Rakyat berhak mengetahui ketelusan projek ini.


"Semua persoalan perlu dijawab oleh Perdana Menteri. Kerajaan sekarang sudah terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan juga tatakelola yang amat buruk.


"Keadilan tidak akan sesekali membiarkan perkara ini berterusan. Keadilan akan terus bersama rakyat menentang segala bentuk salah guna kuasa, perompakan harta negara dan juga tadbir urus yang buruk," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page