top of page

Surat minta Radzi digantung dewan akan dihantar - Shamsul



Setiausaha Politik semua menteri bakal menghantar surat menuntut supaya Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin digantung daripada Dewan Rakyat atas “kelakuan biadab”.


Pengerusi Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ditemui pemberita selepas menghadiri satu acara di Kuala Lumpur pada Khamis berkata, surat itu akan dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said selewat-lewatnya pada 6 Okt ini.

Langkah menggesa penggantungan Radzi dimulakan selepas bekas menteri pendidikan itu mengeluar kenyataan jelik dan melempar tuduhan qazaf terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat minggu lalu.


"Kritik, beza pendapat boleh tapi jangan hina, aib, malu, malah cerca tak boleh jadi amalan," kata mantan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu.


Shamsul pada Rabu lalu menyifatkan kelakuan Radzi di Dewan Rakyat sebagai menjengkelkan terutama ia dilakukan seorang bekas Menteri Kanan.


Apa yang dipamerkan Radzi katanya cerminan terhadap kegagalan menghayati prinsip Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page