top of page

Surat Ku Li bukti usul tak percaya perlu diadakan


Surat Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kepada semua ahli Parlimen bertajuk Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan terdapat gerakan untuk menolak Belanjawan 2021.


Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid juga bersetuju dengan pandangan Ku Li bahawa sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dibuktikan terlebih dahulu.


"Legitimate vote (undi percaya) terhadap Muhyiddin sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengelak nasib negara diperjudikan melalui undi belah bahagi Belanjawan 2021.


"Jika beliau benar-benar dipercayai majoriti ahli Dewan Rakyat, Muhyiddin kena buktikan kebenaran angka sokongan dalam sidang Parlimen dengan kita lihat beliau hanya memperoleh 111 undi sewaktu undi penukaran speaker tempoh hari... kerajaan minoriti.


"Saya berpandangan surat ‘cinta’ Ku Li akan beri impak kepada penentuan undi belah bahagi usul Belanjawan 2021 dengan meyakini beliau mendapat sokongan sebelum gerakan tersebut dilaksanakan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.


Beliau mengulas tindakan Ku Li yang menghantar surat yang menyatakan bahawa beliau tidak akan turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2021 selagi speaker tidak membenarkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.


Pendirian Ku Li itu juga menyebabkan Muhyiddin kini mempunyai sokongan 111 ahli parlimen, manakala blok pembangkang mempunyai 108 ahli parlimen.


Dijangka, lebih ramai ahli parlimen dari Umno yang akan mengikut jejak langkah Ku Li.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page