Supol PM: Belum ada perbincangan calon ganti Shamsul - Fahmi
- Suara Keadilan

- 3 days ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) masih belum mengadakan sebarang perbincangan berhubung pengisian jawatan politik susulan peletakan jawatan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Setiausaha Politik Kanan (Supol) kepada Perdana Menteri (PM) baru-baru ini.
Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mungkin perlu menunggu sehingga mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang akan datang bagi membincangkan perkara tersebut.
"Memandangkan pada waktu ini beliau baru meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik, jadi belum ada lagi perbincangan di pihak parti mengenai apa-apa jawatan politik.
"PM juga telah menegaskan bahawa beliau tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya terdapat aspek yang perlu disiasat oleh pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"PM mengulangi kenyataan beliau dan memberi peringatan kepada semua Jemaah Menteri agar sentiasa memantau terutamanya pegawai-pegawai dan (mereka) tidak akan dilindungi jika berlaku sebarang perkara yang mungkin bersifat salah laku," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.









Comments