top of page

Suntikan vaksin Covid 19: Malaysia tidak boleh ikut jadual asal, perlu dipercepat - Dr Lee Boon Chye


Pertambahan kes harian Covid 19 sehingga 8,000 kes dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh memberi isyarat bahawa Malaysia memerlukan strategi baharu dalam suntikan vaksin kepada rakyat.


Menurut mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, suntikan vaksin kepada rakyat perlu dilipat gandakan dalam tempoh PKP agar kes akan menurun dengan pantas selepas itu.


Katanya, negara tidak boleh lagi mengikut jadual asal untuk rakyat mendapatkan 'imuniti berkelompok' menjelang tahun hadapan ketika jangkitan harian semakin teruk.


"Jadi sepatutnya kita tidak boleh ikut jadual yang ditetapkan enam bulan sebelumnya. Kita harus mempercepatkan proses vaksinasi sebab kita berada dalam krisis.


"Kalau kita banding misalnya setahun sebelum ini, kita (wabak) masih dalam kawalan. Jadi tiada kecemasan, tetapi sekarang masuk gelombang keempat dan makin teruk.


"Jadi proses vaksinasi perlu dipercepatkan apabila kerajaan dapat peruntukan tambahan (dana KWAN). Sepatutnya perolehan vaksin harus dipercepatkan," katanya.


Dr Lee juga menggesa agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghubungi rakan sejawatnya di China untuk memohon dipercepatkan penghantaran pesanan vaksin yang dilakukan Malaysia berikutan keadaan yang memburuk.


Kata Dr Lee Muhyiddin mampu melakukannya, kerana baru-baru ini menghubungi PM China secara sidang video, maka isu vaksin boleh dibawa dalam sidang video seterusnya.


"China paling banyak eksport vaksin, jadi PM ada peluang untuk meminta tambahan vaksin itu," katanya lagi.


Untuk rekod, baru-baru ini Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegur Muhyiddin kerana tidak menghubungi rakan sejawatannya di China bagi mempercepatkan penghantaran vaksin.


Beliau memberi contoh vaksin Sinovac keluaran China telah dipesan sebanyak 15 juta tetapi hanya 1 juta yang dihantar, iaitu dalam 7 %. Sedangkan negara lain telah mendapat purata 20% daripada pesanan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page