top of page

Suntikan Covid 19: MB Selangor antara terawal terima vaksin, tiada alahan



Warga Selangor diseru segera mendaftarkan ke dalam program vaksinasi kebangsaan Covid 19 negara.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hal itu penting kerana program vaksinasi akan membendung kes Covid yang tinggi di negeri itu.


Beliau juga menasihatkan rakyat agar tidak ragu-ragu untuk menerima vaksin yang telah diuji dan dijamin selamat.


"Saya percaya ini (vaksin) satu perkara yang diuji dengan baik dan berharap (suntikan) menjadi bukti keyakinan kepada orang ramai,” katanya setelah selesai disuntik pada program Imunisasi Vaksin Covid-19 peringkat Selangor di Hospital Shah Alam, semalam.


Amirudin juga menyatakan proses suntikan dos pertama itu berjalan lancar dan beliau tidak merasai apa-apa alahan selepas menerima vaksin.


“Alhamdulillah, setakat ini tidak rasa apa-apa. Seramai 42 orang menerima suntikan kelompok pertama hari ini dan kami sudah melepasi tempoh pemantauan.


“Mengikut jadual, kami akan terima suntikan kedua pada 18 Mac,” katanya.


Anggota Majlis Keselamatan Negeri antara 42 individu yang menerima vaksin semalam.


Turut disuntik, Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nor Azmie Diron dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Indera Dr Sha’ari Ngadiman.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page