top of page

Sungai nadi kehidupan: Exco anjur kempen 'Kutip Sampah Sambil Riadah'



Exco Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail semalam melancarkan program gotong-royong membersihkan Sungai Ampang sempena sambutan Hari Sungai Sedunia yang jatuh pada 26 September 2021


Gotong royong itu dianjurkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 7 dan beberapa NGO berkaitan alam sekitar, khususnya Friends of Sungai Ampang (FoSA) atau Sahabat Sungai Ampang (SSA).


Katanya, aktiviti-aktiviti seperti kutip sampah sambil riadah (KUDAH), KUDAH di tebing sungai, memotong rumput dan membersihkan belukar perlu dianjurkan sepanjang masa.


"Tema Hari Sungai Sedunia ke-16 tahun ini “Alur Air Dalam Komuniti Kita” bertepatan dengan fokus khusus terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan sungai dan alur air dalam bandar yang selama ini terpaksa menanggung beban akibat pencemaran alam, kepesatan industri dan perubahan iklim.


"Saya berbesar hati mengosongkan jadual saya di pagi Ahad ini demi memenuhi undangan pihak penganjur. Apatah lagi program ini diserikan dengan kehadiran Datuk Seri Ir Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serta para pegawai dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Stormwater Management and Road Tunnel (SMART), National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM), Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)," katanya.


Program yang dianjurkan di Kebun Komuniti FoSA, Jalan Merbau, Kampung Melayu Ampang dan dihadiri lebih 100 orang terutama dari komuniti Ampang bertujuan antara lain bertujuan memulihkan habitat semulajadi flora dan fauna di samping menghidupkan semula aktiviti tebing sungai bagi masyarakat setempat.


Katanya, mustahak bekalan air bersih yang lebih terserlah setelah mengharungi pandemik Covid 19 selama hampir dua tahun telah memberi kesedaran tentang peri pentingnya kita mengekal dan memperteguh kelestarian sungai dan alur air yang sebenarnya amat berkait rapat dengan penjagaan laut dan sumber marin.


Hal itu menurut Rodziah, selari dengan visi agar Ampang diiktiraf sebagai sebuah bandaraya dan bukan hanya menjadi transit atau tempat persinggahan di antara Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain. Termasuk menjadi bandaraya kemanusiaan dengan jiwa dan identiti tersendiri yang dibentuk oleh penduduk, sejarah, warisan, budaya, alam sekitar dan kekuatan dalaman lain.


"Menyedari signifikan Sungai Ampang bagi masyarakatnya dan kehidupan seharian mereka, ingin saya tegaskan sungai dan alur air merupakan antara anugerah Allah yang paling berharga yang wajib kita semua jaga dan kawal selia sebaik mungkin demi kemaslahatan generasi kini dan masa hadapan kerana ia sebenarnya boleh menjadi nukleus aktiviti utama, pusat peradaban dan sumber kemakmuran bersama.


"Justeru, saya komited untuk meneruskan agenda pengurusan sungai ini dengan pelaksanaan program gotong-royong paling kurang sebulan sekali dan menyeru penglibatan seluruh lapisan masyarakat bermula dengan kanak-kanak di bangku sekolah sehinggalah ke peringkat warga emas sebagai sukarelawan pencinta sungai," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page