top of page

Sumbangan RM500: PM tanya kakitangan rendah, maklum kesempitan hidup

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 7, 2024
  • 2 min read


Sumbangan RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri yang diberikan sejak beberapa minggu lalu kepada kakitangan awam dilakukan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan selepas mendapat maklum balas kakitangan bawahan.


Anwar berkata demikian dalam ceramah beliau di majlis iftar di Pulau Pinang kelmarin.

Katanya, selepas pemberian elaun RM2,000 kepada penjawat awam bulan lalu, sepatutnya tiada lagi sumbangan duit raya daripada kerajaan.


"Sepatutnya cukup sampai raya tetapi saya dengar. Bukan saya dengar KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam), atau KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan).


"Saya dengar tukang jaga lif, macam mana? Alhamdulillah Datuk, bagus. Tapi macam mana duit RM2k? Hari tu budak budak buka sekolah, beli (kelengkapan) dah habis Datuk. Ada anak 6.


"Jumpa lagi, tanya lagi kawan pemandu, semua mengeluh. Saya dah buat keputusan, RM2,000 saja kerana kerajaan tak mampu belanja lebih.


"Tetapi bila kita dengar keluhan, bahawa orang di bawah ini dia rasa susah. Nak raya macam mana pun nak ada yang baru buat anak anak, ketupat lebih sikit. Itulah yang menyebabkan saya bincang semula dengan KSP. Esok nak umum, malam itu kita buat keputusan bagi RM500 kepada semua penjawat awam," katanya.


Menurut Anwar, kerajaan juga memutuskan untuk memberi duit raya RM250 kepada veteran tentera yang berpencen dan tidak berpencen.


Dalam pada itu, beliau menyelar pembangkang yang masih juga mentohmah kononnya kerajaan tidak membela kebajikan penjawat awam.


"Orang yang cakap bela nasib rakyat, masa kamu perintah kenapa tak bagi? Harga padi kita naikkan, (bantuan) pekebun getah kita tambah. Gaji, pelarasan akhir tahun ini InshaAllah. Wang tak ada bukan salah orang kampung, pekerja. Salahnya pengurusan kerajaan, pimpinaan yang sakau.


"Saya kata tak boleh kerana salah mereka, nak betulkan keadaan, kita bebankan orang bawah. Maka macam mana pun kita cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini


"Pasal apa tak naik 2020, 2021, 2022. Pasal apa nak tunggu kita juga naik? Tolong ingat," katanya.


Tambah Anwar, kenaikan gaji kakitangan awam akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi atau selewat lewatnya dalam pengumuman Belanjawan 2025 pada hujung tahun.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page