Sumbangan peranti pembelajaran di IPD Ampang, penghargaan kepada PDRM



Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail semalam menyampaikan sumbangan peranti pembelajaran anak-anak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan barangan keperluan asas.


Dalam ucapan beliau, Dr Wan Azizah berkata, anggota PDRM seharusnya dihargai selepas menabur khidmat bakti melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan serta penguatkuasaan Prosidur Operasi Standard (SOP) pandemik Covid 19.


Sehubungan itu, beliau bangga dapat memberi sumbangan kepada keluarga anggota PDRM.


"Kita rasakan pasukan PDRM adalah barisan hadapan. Kemungkinan barisan hadapan yang tidak diraikan sepenuhnya tetapi memang barisan hadapan.


"Saya rasa kesian juga kepada anggota PDRM kerana SOP bertukar-tukar, jadi saya sebagai doktor kalau ubat bertukar-tukar, saya pun pelik. Jadi SOP, terutama anggota bawah-bawah itu, kita nak jaga (rakyat) SOP kena jelas. Polis ni kena hitam atau putih, ya atau tidak.


"Pada hemat saya polis lakukan sebaik mungkin kawalan dan situasi apabila dilanda pandemik yang tidak kita jangkakan.


"Memang timbul rasa mahu bahagikan sedikit buah tangan kepada PDRM sebab bila Covid melanda, semua kita terkesan," katanya.


Bagaimanapun, Dr Wan Azizah mengingatkan peranti yang diberi perlu digunakan sebaik-baiknya oleh anak-anak untuk tujuan pembelajaran kerana terdapat pelbagai perkara baik dan buruk di internet.


"Saya ingatkan peranti bukan penyelesaian kepada masalah, ia juga boleh menimbulkan masalah. Ketika saya sebagai menteri dahulu ada masalah (berhubung penggunaan) gajet. Kalau kita ada anak (main peranti) nak bercakap susah, tidak ada perasaan kasih sayang. Ini kita mesti jaga, internet ada yang baik ada yang buruk," katanya.


Beliau juga berpesan agar sentiasa mengawasi anak-anak dalam menggunakan peranti kerana pelbagai masalah timbul apabila kanak-kanak tidak diawasi ibu bapa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER