Sumbangan masyarakat India dalam lanskap politik Selangor dihargai
- Suara Keadilan

- 7 days ago
- 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah meminggirkan masyarakat India, malah terus menzahirkan keprihatinan melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan di peringkat akar umbi.
Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad berkata, beliau sangat menghargai keberanian masyarakat India untuk melakukan perubahan pada 2008 yang seterusnya membawa perubahan politik besar di Selangor.
"Semua pihak berpeluang jadi kerajaan. Tetapi pihak mana yang menggunakan peluang itu untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat harus diambil kira.
"Masyarakat India berani membawa perubahan, memilih pihak yang benar-benar prihatin terhadap rakyat," kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu menerusi satu hantaran di Facebook.
Terdahulu Saifuddin hadir ke program sumbangan sempena sambutan Deepavali anjuran Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali bersama Ahli Majlis Zon 15.
Pada program itu beliau yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 20 penduduk sekitar Batang Kali sebagai tanda keprihatinan pihaknya.
"Kerajaan Negeri terus komited memastikan tiada kaum yang terpinggir. Semoga perayaan ini membawa sinar kegembiraan, kedamaian dan kasih sayang yang berpanjangan," tambah beliau.









Comments