top of page

Sumbangan khas untuk imam, siak, guru KAFA mulai Isnin



Bayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta takmir akan dibuat mulai esok.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini.


"Setelah sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, penyaluran pembayaran sumbangan khas berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Negeri selewat-lewatnya pada hari Isnin, 17 April 2023.


"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menghargai jasa bakti para murabbi ummah yang mendidik masyarakat selain berharap penyaluran sumbangan khas ini kepada para penerima dapat memberikan keceriaan dalam suasana membuat persiapan sambutan Aidilfitri,' kata kenyataan tersebut.


Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb lepas mengumumkan bantuan khas itu kepada 70,000 imam, siak, guru Kafa serta takmir.


Bantuan khas itu difahamkan membabitkan peruntukan lebih RM40 juta.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page