top of page

Sumbangan Deepavali Biro komunikasi AMK Johor



Sempena perayaan Deepavali, Biro Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor baru-baru ini menyampaikan bantuan barang-barang keperluan harian kepada masyarakat yang memerlukan.


Menurut Pengarah Komunikasi AMK Johor, Firdaus Zainal (gambar, dua dari kanan), sumbangan tersebut dijayakan dengan kerjasama beberapa Cabang KEADILAN di Johor.


"Sumbangan asnaf Biro Komunikasi AMK Johor sempena Deepavali diberi kepada 10 penerima di Layang-Layang, Renggam, Simpang Renggam, Machap dan Taman Intan, Kluang.


"Semoga dengan perkongsian rezeki dari kami, berupa barangan keperluan asas ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka dan juga sebagai tanda kami meraikan perayaan pesta cahaya ini bertetapan dengan prinsip KEADILAN yang terdiri daripada berbilang kaum," katanya.


Beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota AMK Simpang Renggam, Raju Krishnan, Fazliha Rosli, Rohanawati dan Fendy serta Ketua Srikandi Simpang Renggam, Rathna Riema Raziema dan AJK Cabang, Dzamrie Eisman yang menjemput Uncle Wong Yung Chin untuk menjayakannya misi sumbangan itu bersama-sama.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page