top of page

Sumbangan bubur lambuk kepada penduduk DUN Paloh

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 19, 2021
  • 1 min read


Penduduk DUN Paloh menerima sumbangan bubur lambuk untuk juadah berbuka puasa pada Ramadan kali ini daripada ADUN Paloh, Sheikh Omar Ali.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sembrong, Johor, Mohamad Nasir Md Salleh, cetusan idea membuat bubur lambuk itu datangnya dari ADUN Paloh sendiri dan dipertanggungjawabkan kepada caterer Selera Restu Bonda untuk menyediakannya.


"Cetusan inisiatif oleh ADUN Paloh, Sheikh Omar dari DAP dan beliau memilih kedai makan saya iaitu Selera Restu Bonda dan saya sendiri memasaknya dibantu penduduk Kg Muhibbah.


"Dari kerja rewang sehari suntuk sehinggalah selesai. Edaran dibantu oleh Sukarelawan Pakatan Harapan DUN Paloh," katanya dalam satu catatan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page