top of page

Sultan Selangor tegur Hj Hadi jangan pertikai Raja-Raja Melayu



Oleh: Abdullah Zaid


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita baginda dengan kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang mempertikai peranan Raja-Raja Melayu.


Ingatan tersebut dibuat berhubung artikel yang ditulis Hj Hadi bertajuk Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.


Sehubungan itu, Sultan Selangor memperkenan memberi peringatan dalam sepucuk surat melalui Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri bagi menasihatkan Hj Hadi supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.


Antara intipati surat berkenaan, baginda menyifatkan Hj Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa mesyuarat MKI pada 15 Februari 2024.


"Kenyataan sinis Tan Sri Hadi itu secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan Baginda dengan sikap Raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu, yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.


"Kenyataan Tan Sri Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya di kalangan orang Melayu di negara ini," katanya.


Malah kata wakil istana itu, sekiranya Hj Hadi lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan sudah tentu beliau akan dapat memahami maksud sebenar baginda.


"Kenapa sekarang beliau mempertikaikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara sedangkan agama Islam telah ditetapkan sebagai agama Persekutuan semenjak Perlembagaan digubal pada tahun 1957 lagi," ujar kenyataan tersebut.


Menerusi surat itu juga Sultan Selangor menyifatkan Ahli Parlimen Marang sebagai cenderung menyangkal titah Raja-Raja Melayu dalam beberapa kenyataan sebelum ini.


"Pada Mac 2023, Tan Sri Hadi telah mengeluarkan kenyataan mempertikaikan titah Sultan Terengganu yang melarang ahli politik menyampaikan ceramah dan kuliah di masiid serta surau di Terengganu," katanya.


Oleh itu pada pengamatan baginda, kenyataan seumpama ini menggambarkan sikap tidak beradab dan tidak menghormati Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page