top of page

Sultan Perak hargai sumbangan kerajaan PH


Dalam sidang DUN Perak baru-baru ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa baginda menghargai khidmat dan jasa ADUN Pakatan Harapan sepanjang 22 bulan mentadbir negeri Perak.


Penghargaan tersebut diberikan kepada PH meskipun kejatuhan kerajaan negeri berlaku disebabkan pengkhianatan 7 ADUN yang bertindak menyokong Perikatan Nasional.


"Beta menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli mesyuarat kerajaan yang terdiri daripada ADUN yang mewakili PH.


"Masing-masing telah berusaha sedaya mungkin memberi khidmat terbaik selama tempoh 22 bulan menjunjung amanah beta dan memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat," titah baginda.


Baginda bertitah, di bawah pentadbiran kerajaan PH, kerajaan berjaya mengekalkan pencapaian kutipan hasil mengatasi RM1 bilion pada 2019.


"Hampir 1.1 bilion hasil diperoleh dan pencapaian sehingga 106 peratus berbanding sasaran, ditambah terimaan pembangunan sebanyak RM52.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan hasil dan terimaan pembangunan mencatatkan RM1.15 bilion.


"Hasil itu telah dibelanjakan dengan 67 peratus pengurusan dan 33 peratus lagi dibelanjakan untuk pembangunan, sekaligus menutup akaun kewangan 2019 dengan lebihan RM5.25 juta," titahnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page