top of page

Sultan Iskandar terima menghadap Perdana Menteri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 21, 2023
  • 1 min read


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pertemuan yang berlangsung di Istana Bukit Serene itu dikongsikan Sultan Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebook Rasminya dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial.


Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.


Menurut hantaran itu, Perdana Menteri pada pertemuan itu turut menyembah maklum perkembangan pembangunan negara dan juga negeri Johor.


Sultan Johor kemudian turut berkenan memandu sendiri kenderaan untuk menghantar Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page