top of page

Sultan Ibrahim titah beri PM masa pulihkan ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 28, 2023
  • 1 min read


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu bertitah supaya lebih banyak masa diberikan kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan ekonomi negara.

Sultan Ibrahim bertitah, peluang itu wajar berikutan masalah krisis kewangan yang didepani oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM ketika ini amat mencabar.


"Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Saya percaya beliau memerlukan lebih banyak masa," titah Sultan Ibrahim dipetik laporan Sin Chew Daily.


Selain itu, baginda dalam laporan sama turut melahirkan rasa lega kerana lawatan rasmi Anwar ke China pada awal tahun ini berjaya membawa kembali banyak hasil positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Delegasi lawatan yang bermula pada 29 Mac hingga 1 April itu menyaksikan Malaysia memperoleh komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion dari China.


Dalam perkembangan yang sama, Johor mendapat sebahagian besar daripada komitmen berkenaan dengan pelaburan RM80 bilion daripada syarikat petrokimia terbesar China, Rongsheng Petrochemical Co Ltd.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page