top of page

Sultan Ibrahim titah beri peluang PM mentadbir



Rakyat negara ini diseru memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan kemampuan mentadbir negara dengan baik.


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuat seruan itu dalam temu bual eksklusif bersama The Straits Times Singapura seperti dilapor.


Baginda Sultan turut meminta rakyat bertindak rasional dalam menilai PM kerana titah baginda, tidak mungkin Anwar mampu membuat perubahan mendadak dalam tempoh hanya satu tahun.


Sultan Ibrahim bakal menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Baginda telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 27 Oktober lalu.


Sementara itu, Sultan Ibrahim menjangkakan tidak akan ada masalah bekerja dengan Anwar sepanjang pemerintahannya kerana baginda mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri itu.


Baginda bertitah, Anwar kadangkala menghubunginya untuk mendapatkan nasihat, walaupun pada tengah malam.


"Saya akan menyokong kerajaan, namun jika saya fikir mereka melakukan sesuatu yang tidak wajar, saya akan memberitahu mereka," titah baginda seperti dilapor media.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page