top of page

Sultan Brunei hadir Majlis Makan Malam dihoskan PM



Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah malam tadi berkenan menghadiri Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketibaan Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada kira-kira jam 8 malam disambut oleh Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Turut hadir adalah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.


Anwar dan Dr Wan Azizah kemudiannya mengiringi pasangan Diraja itu ke tingkat 42 menara untuk majlis berkenaan.


Sultan Brunei dan Anwar kemudiannya meluangkan masa meninjau pemandangan dari KLCC Skybridge di tingkat 42 yang menghubungkan menara berkembar itu, sebelum meninggalkan majlis.


Terdahulu Sultan Brunei yang tiba untuk lawatan negara tiga hari di Malaysia mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya petang Khamis.


Kedua-dua pemimpin menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala antara Malaysia - Brunei.


Sebelum ini Sultan Brunei dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha diberi sambutan negara di Istana Negara di sini oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page