
Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah melakukan lawatan khas ke Malaysia hari ini dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pangkalan Tentera Udara Malaysia, Subang, pagi tadi.
Kelihatan Sultan Hassanal Bolkiah gembira disambut oleh Datuk Seri Anwar sebaik turun dari pesawat yang membawa Baginda.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Malaysia dan Brunei akan menilai kemajuan kerjasama sedia ada di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam lawatan berkenaan.
"Malaysia dan Brunei Darussalam mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama insan," kata kenyataan itu.
Lawatan ketua negara asing selepas 5 hari PM 10 mengangkat sumpah menunjukkan penerimaan hebat negara negara jiran ke atas Anwar Ibrahim.
Brunei adalah rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia pada 2021 dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM8.03 bilion (AS$1.94 bilion).