top of page

Sultan Brunei berkenan terima Anwar menghadap

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 25, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenankan menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini.


Memetik Bernama, PM diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei diterima menghadap di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pada 11.05 pagi.


Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.


Anwar kemudian mengadakan perbincangan dengan Sultan Hassanal Bolkiah.


PM bersama Sultan Brunei serta barisan pembesar negara Malaysia dan Brunei

Perdana menteri dan Sultan Brunei kemudiannya menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dengan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).


Delegasi Malaysia diraikan pada Majlis Persantapan Rasmi oleh Sultan Hassanal Bolkiah.


Premier Sarawak Abang Johari Openg, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Raja Reza Raja Zaib Shah turut hadir.


Kunjungan Anwar ini merupakan lawatan rasmi ke luar negara yang keduanya selepas dilantik sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 pada November tahun lepas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page