Pelupusan hutang peneroka yang dinyatakan oleh pentadbiran Perdana Menteri Mahiaddin Yassin pada 2021 lalu dilakukan tanpa menyempurnakan pelan kewangan menyeluruh.
Dengan pelupusan hutang itu Felda tidak mempunyai dana lain meneruskan operasi apatah lagi membayar pemegang sukuk (bon) apabila jaminan bantuan kerajaan sehingga RM1 bilion setahun yang dijanjikan tidak diperolehi. Hanya pentadbiran PM Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menandatangani dokumen jaminan kerajaan bulan lalu, dan dana kerajaan mula dialirkan ke Felda
Hal itu dinyatakan oleh Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
"Kerajaan Perpaduan komited untuk memastikan pelan pemulihan Felda termasuk pelupusan hutang peneroka seperti yang pernah diumumkan, akan diambil tindakan susulan untuk menyempurnakan pelaksanaannya
"Sehubungan itu, Kerajaan telah meluluskan jaminan Kerajaan sehingga RM9 bilion untuk Felda menerbitkan sukuk
"Bermula tahun 2023, Kerajaan telah menyalurkan peruntukan sehingga RM1 bilion setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk Felda yang antara lainnya membiayai hapus kira hutang peneroka," kata kenyataan berkenaan.
Dengan penegasan Kementerian Kewangan tersebut, hujah pemimpin PN bahawa isu pelupusan hutang peneroka Felda telah diselesaikan secara keseluruhan melalui pelan pemulihan sebelum ini adalah tidak benar.
Pelan pemulihan Felda hanya digerakkan oleh Kerajaan Perpaduan pada 2023 dan bukannya pada 2021.
Comments