top of page

SUKMA Selangor 2026: Kawasan venue bakal terima kesan limpahan ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 24, 2025
  • 1 min read

Penganjuran SUKMA Selangor 2026 dijangka akan memberi limpahan ekonomi langsung kepada komuniti setempat, khususnya di kawasan luar bandar yang terlibat sebagai venue acara.


Exco Pembangunan Luar Bandar, Borhan Aman Shah (gambar) berkata, acara dwitahunan itu bukan sekadar temasya sukan, sebaliknya menjadi bukti keupayaan pentadbiran negeri menjadikan acara nasional sebagai pemacu ekonomi rakyat peringkat akar umbi.


"Apabila kawasan ini menjadi tumpuan nasional, keperluan asas seperti penginapan, makanan dan perkhidmatan akan meningkat dan inilah ruang yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung.


"Antara peluang ekonomi yang dikenal pasti termasuk penyediaan inap desa, pengeluaran produk makanan tempatan seperti kerepek, pembuatan kopi tempatan serta aktiviti keusahawanan kecil yang berasaskan komuniti," katanya dipetik.


SUKMA Selangor 2026 dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos, diikuti Para SUKMA dari 5 hingga 14 September.


Upacara perasmian dijadualkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), manakala penutup di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


Edisi kali ini menyaksikan 474 acara dalam 37 sukan, termasuk 30 sukan teras seperti ragbi dan tujuh sukan tambahan antaranya e-sukan, kriket serta silambam.


Kesemua sembilan daerah dan 12 pihak berkuasa tempatan di negeri itu akan menjadi tuan rumah, kecuali acara berbasikal trek yang dijalankan di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page