top of page

Suhaizan mahu selesaikan masalah keciciran pelajar di Pulai



Hari pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P161 Pulai, calon Pakatan Harapan, Suhaizan Kaiat menawarkan kepada pengundi di Taman Bukit Mewah, Johor Bahru untuk menyelesaikan masalah keciciran pelajar di kawasan tersebut.


Bercakap dalam satu ceramah memperkenalkan calon, beliau bertekad bahawa semua pelajar sekolah menengah akan mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memudahkan perjalanan pendidikan mereka seterusnya.


"Saya akan beri penekanan tentang tentang pendidikan. Mungkin ada anak kita tercicir dalam pelajaran. Saya dua, tiga bulan lepas telah merancang anak anak yang tecicir atau bakal tercicir kita kumpul mereka, kemudian beri motivasi supaya mereka masuk SPM. Dalam peperiksaan itu sekurang kurangnya lulus Bahasa Melayu untuk melayakkan mereka dapat sijil.


"Kita tidak mahu anak anak terus tercicir dan tidak mendapat sijil," katanya.


Selain isu sijil SPM calon Amanah itu juga meminta masyarakat melaporkan kemiskinan tegar di kawasan masing masing yang dijanjikan oleh Perdana Menteri akan cuba diselesaikan pada tahun ini.


Suhaizan juga membayangkan penyelesaian kepada kos sara hidup tinggi yang bakal dicapai pada waktu jangka sederhana dengan polisi kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam dan swasta.


"Bahan makanan tertentu ada yang tidak boleh dikawal kerana berkaitan pasaran (dari luar negara). Apa yang boleh kita laksanakan ialah meningkatkan gaji rakyat.


"Kerajaan bersungguh berusaha untuk meningkatkan gaji. Bila gaji meningkat maka akan ada kuasa beli yang lebih tinggi dan mereka boleh berbelanja.


"Ini formula baru yang kita nak laksanakan," katanya yang mahu pengundi di Pulai menyokong Kerajaan Perpaduan untuk memudahkan setiap masalah diselesaikan.


Mantan Speaker DUN Johor itu juga memberitahu hubungan akrabnya dengan Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub dan dilantik sebagai Setiausaha Politik Salahuddin di kementerian KPDN serta mengimbau beberapa bulan lalu diamanahkan oleh Allahyarham untuk menjaga kawasan Pulai.


Suhaizan dalam penamaan calon semalam mendapat nombor 3 di kertas undi. Pada PRK 9 September ini beliau ditentang oleh calon PN dan Bebas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page