top of page

Suhaizan bantu rakyat marhaen waktu belum pegang jawatan - Hassan



Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) P161 Pulai perlu memilih calon Pakatan Harapan, Suhaizan Kaiat untuk memastikan kebajikan hidup mereka terus terbela.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Suhaizan bukanlah orang asing dalam perjuangan membela golongan marhaen yang tidak mempunyai rumah pada usia mudanya.


Calon seperti itu, kata Hassan, akan mampu membela rakyat yang memerlukan bantuan di kawasan parlimennya.


"Secara peribadi saya kenal Suhaizan daripada muda sebagai aktivis. Waktu pegang DUN Johor sebagai Speaker DUN pula semua memberi sokongan kepada beliau melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.


"Tetapi sebelum Suhaizan jadi Speaker, sebelum saya jadi Ahli Parlimen, saya seorang peguam, Suhaizan pula aktivis di Kempas.


"Dia banyak menolong rakyat yang tak ada rumah, peneroka bandar. Suhaizan minta saya tolong beliau melindungi rakyat daripada diusir dari rumah mereka. Contoh tempat Suhaizan kerja keras ialah di Batu 8 Jalan Skudai, Kampung Semangat. Sebelum jadi Speaker Suhaizan telah buat kerja bantu rakyat," katanya dalam ceramah malam tadi.


Selain itu, Hassan juga membawakan hujah perlunya Kerajaan Perpaduan mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen kerana ada beberapa pindaan Perlembagaan yang perlu dilakukan, misalnya untuk memisahkan jawatan Peguam Negara dengan Pendakwaraya yang memerlukan 148 anggota dewan menyokong, yang ketika ini telah kurang 1 kepada 147.


Sebab lain, ujarnya, Kerajaan Perpaduan perlukan kemenangan untuk mengekalkan kestabilan negara daripada serangan PN yang mahu menggoyahkan kerajaan.


Beliau berkata, Perdana Menteri sebelum ini telah pun mengisytiharkan Forest City di Johor sebagai kawasan khas kewangan yang boleh menarik pelaburan daripada Singapura.


Dengan kestabilan politik, tegasnya, maka pelabur akan datang dan menambah peluang pekerjaan di Johor termasuk di Pulai.


"Saya percaya negeri Johor yang terletak di Pantai Barat dan Selatan boleh kita pertahankan Pulai ini, dan menjadi negeri yang memberi tempat kepada semua kaum, Melayu, Cina, India sebagai rakyat yang ada hak di negara kita.


"Di Pulai ini kita menang, Iskandar Puteri menang dan di Johor PH bersama BN kita menguasai negeri bersama sama dengan dasar sederhana yang tidak perkauman atau ekstrem. Kita perlu kalahkan PN dari Pas, Bersatu dan Gerakan.


"Tunjukkan ke seluruh Malaysia, Pulai kubu kita," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page