top of page

Sudahlah Abah, berundur sahajalah ...


Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin atau gelarannya Abah digesa berundur dan menunjukkan contoh yang baik kepada 'anak-anak didik' yang masih muda dalam politik.


Gesaan tersebut dibuat oleh Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.


Menurut Fariz, Mahiaddin seharusnya bersikap jujur kepada Yang di-Pertuan Agong dan mempersembahkan sokongan sebenar yang masih bersisa bersama beliau.


"Kedudukan terkini menunjukan sokongan anda dan kerajaan anda hanya di angka 102 manakala yang tidak menyokong anda dan kerajaan anda ialah 118 orang Ahli Parlimen.


"Sudahlah Abah, usah menegakkan benang basah dengan terus menyatakan anda mempunyai majoriti. Berpijaklah di bumi yang nyata. Rakyat sudah muak dengan permainan politik sebegini, apa lagi dalam suasana sekarang yang bertambah kelam," kata Fariz dalam satu kenyataan.


Tambah Fariz, Mahiaddin telah terperangkap oleh orang kanannya Ismail sabri Yaakob yang membuat sidang media kelmarin.


Dalam sidang media tersebut, katanya amat jelas sokongan daripada Umno hanya sekitar 31 Ahli Parlimen dan tidak cukup untuk melepasi 110 Ahli Parlimen yang diperlukan bagi keabsahan kerajaan Mahiaddin.


"Malah dari senarai yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri itu pun dinafi dan disanggah oleh beberapa Ahli Parlimen bahawa mereka tidak lagi menyokong kerajaan PN dan anda sebagai Perdana Menteri.


"Majoriti "celah" mana yang anda pertahankan? Anak sekolah rendah pun boleh mengira dengan mudah anda sudah hilang majoriti.


"Untuk apa lagi anda hendak dipertahankan, adakah anda langsung tidak mempunyai rasa malu dan harga diri ? Seperti sudah seseorang yang telah hilang akal, mabuk kuasa sehinggakan tidak mampu bertindak rasional dan benar.


"Bermimpi di siang hari dengan lamunan anda mempunyai sokongan majoriti. Sedarlah wahai Mahiaddin Md. Yasin," katanya.


Sehubugan itu, Fariz mencabar Mahiaddin segera memanggil sidang khas Parlimen usul Undi Percaya dan tidak perlu menunggu sehingga bulan September untuk melakukannya.


"Kalau anda tidak percaya sudah hilang majoriti, buatlah Sidang Parlimen Khas dengan satu agenda sahaja, iaitu Undi Percaya kepada PM dan Kerajaan PN secepat mungkin, dan jangan tunggu September untuk membuktikan keabsahan.


"Kalau Abah anak jantan, sila lakukan!" cabar Fariz.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page