top of page

Subsidi tampung kos perkhidmatan udara pendalaman Sabah, Sarawak



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi bagi membolehkan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) dinikmati oleh penduduk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata sebanyak RM209 juta diperuntukkan oleh kerajaan Pusat bagi tujuan subsidi tahunan untuk menampung kos operasi dan sewa pajakan pesawat perkhidmatan tersebut.


Beliau turut menjelaskan kementeriannya juga sedang meneliti mekanisme untuk membolehkan subsidi diberi bagi mengurangkan kadar harga tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak untuk hari perayaan.


"Kementerian amat memahami isu dibangkitkan berhubung harga tiket penerbangan yang tinggi pada musim perayaan dan kami sedang meneliti mekanisme seperti memberikan sedikit subsidi untuk kurangkan kos harga tiket penerbangan.


"Kementerian juga meminta syarikat penerbangan menambah jumlah penerbangan pada waktu malam sebagai antara inisiatif mengurangkan kos tiket kapal terbang antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak,” kata ketika menjawab soalan Senator Abun Sui Anyit dalam sidang Dewan Negara hari ini.


Loke berkata isu subsidi harga tiket penerbangan itu berbeza dengan RAS kerana ia melibatkan pengoperasian perkhidmatan udara di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.


Jelas beliau, bagi operasi penerbangan dari Semenanjung ke kedua-dua negeri berkenaan, kerajaan tidak menyediakan subsidi kerana ia tidak tertakluk kepada RAS.


Dalam pada itu, kata Loke berkata kementeriannya akan terus menguruskan tanggungjawab perkhidmatan awam RAS selepas rundingan pengambilalihan MASWings Sdn Bhd oleh Hornbill Skyways Sdn Bhd selesai.


"MOT bertanggungjawab menetapkan dasar Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO) dan kriteria kelayakan yang diperlukan," katanya.


Pada 27 Oktober lalu, Hornbill Skyways dan Malaysia Aviation Group yang memiliki MASWings menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mempercepatkan pemerolehan saham dalam MASWings bagi pengurusan RAS.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page