top of page

Subsidi RM81 bilion: Perkenalkan dasar subsidi bersasar - Lokman



Pemberian pelbagai jenis subsidi di negara ini yang mencecah RM81 bilion sebagaimana dinyatakan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jawapan di Dewan Rakyat semalam amat mengejutkan.


Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, jumlah subsidi yang diperuntukkan itu terlalu besar berbanding pada era pentadbiran PM Najib Razak, misalnya pada 2014 yang hanya sekitar RM24 bilion.


Katanya, sekiranya subsidi tidak dikawal maka ia boleh menggugat pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang memandangkan hutang Malaysia terlalu besar, berjumlah RM1.5 trilion.


"Ketika 2014 kos untuk subsidi LPG (gas memasak), diesel dan petrol hanya RM24 bilion. Sekarang sudah jadi RM81 bilion


"Kos subsidi bahan api sahaja pada tahun lepas telah mencecah RM50.8 bilion," katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.


Menurut beliau, tidak wajar kerajaan terus memberi subsidi pukal sebagaimana polisi diamalkan sekarang yang mana golongan kaya T20 turut menikmatinya.


Makanakala harga petrol di negara ini, kata beliau, adalah yang kedua terendah selepas Brunei sedangkan negara yang harga bahan bakar itu lebih rendah pada 15 tahun lalu telah meningkat harganya waktu ini.


Malah katanya, Arab Saudi, negara pengeluar minyak utama dunia yang harga petrolnya 50 sen seliter pada 2008 telah melepasi harga RON 95 di Malaysia.


"Berapa harga RON 95 sekarang? Dulu (2014) kita subsidi 68 sen seliter (setiap seliter dibeli pengguna).


"RON 95 hari ini berharga RM2.05 seliter, nombor dua terendah di Asia. Nombor satu Brunei.


"Realitinya, jumlah subsidi (RON 95) sekarang RM1.50 sen bagi setiap liter.


"Kalau kereta (golongan T20) boleh isi 80 liter bermakna RM84 subsidi. Tetapi kalau orang (B40) bawa (motor) kapcai berapa subsidi dia dapat? Hanya RM4.50. Kalau Myvi tangki 21 liter, lebih kurnag RM30.


"Diesel pula harga lebih mahal. Diesel hari ini dijual RM2.15 tetapi berapa harga sebenar? RM3.87 seliter, lebih kurang RM1.72 kerajaan kena subsidi seliter," katanya lagi.


Oleh itu, tegas Lokman, tekad Kerajaan Madani untuk memulakan program subsidi bersasar dalam Belanjawan 2024 adalah langkah terbaik.


Katanya, tiba masa golongan kaya tidak lagi menikmati subsidi bahan api.


Bagaimanapun, menurut Lokman, mereka masih berpeluang menikmati subsidi bahan makanan jika memilih makanan berharga rendah. Misalnya subsidi ke atas beras, gula, tepung dan sebagainya masih berjalan.


Lokman juga tidak bersetuju dengan hujah pembangkang PN yang kerap membangkitkan janji PM Anwar untuk menurunkan harga minyak sekiranya menang pilihanraya, kerana hal itu merupakan manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.


Sedangkan, ujar Lokman, kerajaan sekarang adalah Kerajaan Perpaduan dan BN sebagai komponen, katanya menentang pemberian subsidi pukal kerana akan merosakkan ekonomi negara pada masa hadapan.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page