top of page

Subsidi petrol, diesel: Kementerian Ekonomi cadang tiga langkah



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Ekonomi bercadang untuk melaksanakan tiga kaedah bagi penyasaran semula subsidi petrol dan diesel bagi tahun hadapan.


Menterinya Rafizi Ramli berkata, hasrat itu perlu dibincang dan dipertimbangkan oleh Jemaah Menteri yang dijangka bermula bulan ini.


Katanya, sejak 2015 hingga 2023 kerajaan menanggung sebanyak RM294.5 bilion atau 10.9 peratus iaitu jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan bagi tempoh yang sama selain memperuntukkan subsidi RM58.1 bilion bagi Belanjawan 2024.


"Oleh itu, kerajaan telah mengenal pasti penyasaran semula subsidi sebagai inisiatif utama bagi memastikan keberkesanan pemberian bantuan serta menambah baik kedudukan fiskal kerajaan. Maka perbincangan mengenai kaedah pelaksanaan program subsidi petrol dan diesel dilakukan di Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Mei, Jun, Julai dan September.


"Selain itu, kaedah yang dibincangkan ini juga merujuk kepada satu kaji selidik untuk mengenal pasti penerimaan dan kaedah penyasaran semula subsidi petrol dan diesel yang sesuai oleh rakyat sendiri.


"Perbincangan yang berterusan telah menjurus kepada satu cadangan bersepadu yang dijangka dikemukakan oleh Jemaah Menteri pada bulan ini," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.


Justeru, Rafizi berkata, kementerian buat masa ini memperincikan tiga kaedah penyasaran semula petrol dan diesel yang dirasakan sesuai kepada rakyat.


"Pun begitu, saya boleh memaklumkan kepada dewan bahawa beberapa kaedah utama dipertimbangkan boleh dirangkum kepada tiga kaedah iaitu pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara individu melalui pendekatan perlindungan sosial.


"Kedua, pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja secara bersih isi rumah dan melalui pendekatan hibrid, iaitu gabungan perlindungan sosial serta bantuan sosial.


"Manakala, ketiga pula, pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah dan individu dilaksanakan menggunakan kaedah kad subsidi," jelasnya.


Rafizi berkata demikian demikian bagi soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung jenis subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan pada 2024 selain libat urus yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dengan semua pemegang taruh sebelum subsidi bersasar itu dikuatkuasa.


1 comment

1 comentario


Yusof Yusoma
Yusof Yusoma
07 nov 2023

Kami tunggu harga minyak turun sebagai Di janji....


Kalau petrol naik bermakna PMX sorang PENIPU.....

Me gusta

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page