top of page

Subsidi petrol, diesel kekal demi kepentingan rakyat



Kerajaan tidak bercadang memansuhkan subsidi minyak petrol dan diesel yang dinikmati rakyat buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada pemberita selepas melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) di Johor Bahru, petang semalam.


Katanya, kerajaan sehingga waktu ini masih mengekalkan subsidi tersebut demi kepentingan rakyat.


"Sehingga hari ini kita masih mengekalkan subsidi petrol, diesel dilaksanakan sehingga kerajaan membuat satu keputusan untuk mungkin melaksanakan subsidi itu secara bersasar.


"Setakat saya hadir pada mesyuarat kabinet Rabu lepas, kita masih kekal dengan apa yang kita putuskan pada hari ini," katanya.


Beliau sebelumnya mengulas jangkaan pakar ekonomi berkaitan kemungkinan Kerajaan Perpaduan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak petrol dan diesel dalam pembentangan Belanjawan 2023, sekali gus menggantikan ia dengan sistem bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Sementara itu, ketika mengulas inisiatif ReDI yang dilancarkan semalam beliau memaklumkan kementeriannya memperuntukkan RM16,000 kepada peniaga dan pengguna yang berurusniaga secara tanpa tunai di pasaraya yang menyertainya.


Program ReDI katanya, bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap wang tunai dalam urusniaga dengan beralih kepada medium digital.


Sistem itu telah berjaya dilaksanakan secara rintis antaranya di Putrajaya, Hulu Terengganu, Pulau Pangkor serta Labuan pada tahun lepas dan beliau berharap ramai peniaga di Johor akan terlibat dengan inisiatif berkenaan.


"Sehingga 31 Dis tahun lepas, sebanyak 8,479 peniaga luar bandar telah beralih ke medium digital dan kini ia diperluaskan lagi di negeri Johor dengan menyasarkan keseluruhan 233 peniaga Kipmall dan 120 peniaga di Pasar Awam Perling," katanya.


Ahli Parlimen Pulai itu berkata pihaknya turut merancang untuk memperluas inisiatif itu ke Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Sabah dan Sarawak.

0 comments

Recent Posts

See All

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page