top of page

Subsidi keperluan rakyat, Selangor berjaya kekalkan harga ayam RM8.90 sekilo



Pembatalan subsidi kepada minyak masak botol, pengapungan harga telur serta harga siling baharu bagi ayam RM9.40 sekilogram menekan kehidupan rakyat marhaen.


Bagi Ahli Parlimen Lumut, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli bermula 1 Julai maka derita rakyat semakin berat dengan kenaikan tidak terkawal bahan makanan yang tidak terkawal.


Sedangkan kerajaan BN - PN katanya, memberi pelbagai alasan untuk berlepas tangan daripada membantu rakyat.


"Hari ini 1 Julai, hari bermulanya tempoh pembatalan subsidi yang pada masa ini memberikan kelegaan kepada rakyat kita, khususnya masyarakat biasa.


"Inilah yang kita tegur pada hari ini. Alasan dari pihak kerajaan macam macam.


"Ada menteri menyuruh tentera kita menanam sayur. Tentera kita perlu dalam keadaan siap siaga mempertahan negara, tak kan mereka nak menanam sayur. Saya khuatir kalau mereka diseru bertindak, yang diangkat bukan senjata tetapi cangkul.



"Saranan yang menyakitkan hati rakan rakan kita dalam tentera, seolah olah tidak ada kerja, makan tidur. Sedangkan mereka mengorbankan diri untuk negara. Jangan kita memperlekeh," katanya dalam himpunan protes harga barang di hadapan masjid Kampung Bharu, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.


Dr Hatta yang merupakan 'otai' demonstrasi jalanan sejak dua dekad lalu itu mengajak rakyat untuk berfikir waras kerajaan mana yang menjaga kebajikan rakyat.


"Mari kita sama sama tingkatkan suara kita. Subsidi adalah keperluan rakyat. Bukan satu perkara besar tetapi penting untuk rakyat kita dalam kawal harga barang," katanya.


Manakala Exco Selangor Ir Izham Hashim pula menegaskan bahawa Kerajaan Negeri berjaya mengekalkan harga ayam biar pun Kerajaan Persekutuan menaikkan harga siling kawalan yang baharu.


Katanya, dengan intervensi harga kerajaan Selangor boleh membekalkan ayam ke outlet terpilih pada harga lama.


"Harga barang naik adalah malapetaka buat kita.


"Saya berjaya kekalkan harga ayam RM8.90 sekilo sampai hari ini untuk rakyat negeri Selangor. Mengapa kerajaan BN tak boleh buat begitu untuk rakyat?


"Kerajaan Selangor belanja duit (subsidi) boleh buat, kenapa kerajaan pusat tak boleh buat?" tanyanya.


Beliau meminta rakyat berfikir lebih matang menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 dan nyahkan kerajan BN - PN yang terbukti gagal.


"Rakyat menderita disebabkan harga barang terus naik. Kegagalan mereka dalam menguruskan negara menunjukkan mereka gagal


"Jadi kita minta ganti kerajaan 'Barang Naik' ini kepada kerajaan PH," katanya lagi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page