top of page

Subsidi harga ayam, telur diteruskan mulai 1 Julai

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 9, 2023
  • 1 min read


Subsidi harga ayam dan telur yang tamat tempohnya pada 30 Jun ini akan disambung mulai 1 Julai 2023.


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan bersama petang ini memberi jaminan bahawa rakyat akan terus menikmati harga bersubsidi kerana kuasa beli mereka masih rendah pada pasca pandemik Covid 19.


"Setelah mengambil kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan kebajikan rakyat terus terbela, Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan KPKM dan KPDN supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam dan telur diteruskan mulai 1 Julai 2023.


Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari yang lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023 (sahaja)," kata kenyataan tersebut.


Menurut kenyataan itu lagi, keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi berkenaan diambil demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI.


Subsidi itu dijangka akan melegakan kebanyakan rakyat terutama golongan B40 serta peniaga mikro yang mula resah sekiranya harga ayam dan telur diapungkan mulai 1 Julai ini.


Pada masa ini di Semenanjung Malaysia harga siling runcit bagi ayam standard adalah RM9.40 sekilogram, manakala harga siling bagi telur adalah 45 sen bagi gred A, 43 sen bagi gred B dan 41 sen bagi gred C.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page