top of page

Subsidi elektrik tidak diberi kepada golongan T20

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 22, 2023
  • 1 min read


Spekulasi menyatakan tarif elektrik akan naik berikutan kerajaan menarik balik subsidi untuk kegunaan domestik tidak benar sama sekali.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata, subsidi hanya tidak akan diteruskan kepada pengguna elektrik domestik daripada kalangan T20 dan bukannya B40 atau M40.


"Pemberian subsidi bersasar yang menjadi isu .... kita tidak menaikkan kadar elektrik melainkan untuk T20 sahaja


"Saya jelaskan di sini untuk T20 sahaja. Iaitu rumah besar (mewah) yang tidak akan diberi subsidi.


"Pengkalan data utama (PADU) akan dapat menyelaraskan angka ini (golongan layak, tidak layak menerima subsidi) seperti mana yang disebut," katanya dalam menjawab soalan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Hamzah Zainudddin (PN - Larut) dalam sesi sidang Dewan Rakyat pagi tadi.


Hal yang sama juga, kata Anwar, diamalkan kepada subsidi mengerjakan haji. Golongan T20, katanya, perlu membayar kesemua kos.


"Ini seperti subsidi haji bagi B40 kita tambah, tetapi T20 tidak akan ada lagi lagi subsidi dari kerajaan. Mereka akan bayar sepenuhnya kos haji kerana mereka di kalangan mampu," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page